04 January, 2009

History of 49th Klg Scout Troop

Persatuan Pengakap SMKJM ditubuhkan pada 10hb. April 1984. Persatuan ini didaftarkan atas nama Pengakap Kumpulan ke-49 dan bersiri M6207.

Bagi tempoh dari tahun 1985 hingga 1986, sejarah tidak diketahui.

Pada tahun 1987, persatuan kami dipimpini oleh En. Sahari dan En. Hatta. Di bawah pimpinan mereka, ahli pengakap telah diberikan peluang untuk mengambil ujian lencana.

Pada tahun 1988, En. Sahari dan En. Hatta sekali lagi memegang jawatan sebagai guru pemimpin persatuan ini. Mereka telah memilih seorang ahli pengakap menjadi ketua. Di bawah pimpinan mereka, perjumpaan diadakan dari tahun tersebut. Pada masa yang sama, persatuan pernah dijemput untuk berkhidmat di kawasan luar sekolah. Ahli-ahli pengakap telah menyertai satu perkhemahan yang diadakan di Desaru pada bulan Julai. Pada hujung tahun, seramai 20 orang ahli pengakap telah mengambil bahagian dalam perkhemahan yang diadakan di Pulau Tioman.

Bagi tempoh dari tahun 1989 hingga 1991, sejarah tidak diketahui.

Pada tahun 1992, bilangan ahli pengakap sebanyak 40 orang. “Pengakap remaja” telah didirikan juga digelar “tertinggi”. Persatuan kami telah mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah. Persatuan kami juga bergabung dengan PBSM untuk menyertai pertandingan kawad kaki pada peringkat daerah. Ahli-ahli pengakap berjaya mendaki Bukit Ledang. Persatuan kami telah mengadakan aktiviti berbasikal dan berkhemah di MARDI. Selain itu, seorang ahli pengakap telah dipilih untuk menyertai sebuah Projek Aruk Angkat Tentera yang diadakan di kem Mahkota 7 Bridge. Satu pasukan telah dihantar untuk menyertai jambori yang diadakan di Sabah.

Pada tahun 1993, bilangan ahli pengakap kira-kira 40 orang. SMKJM menjadi tuan rumah bagi Persatuan Malaysia Daerah Kluang kempen ke-4. Selain itu, persatuan kami telah menyertai perkhemahan yang diadakan di SM Tunku Mahmud, kami mendapat naib johan dalam pertandingan pintu gerbang dan model gejek. Persatuan kami juga bergabung dengan PBSM, Renjer Puteri dan Pandu Puteri untuk mengadakan perkhemahan.

Pada tahun 1994, bilangan ahli pengakap sebanyak 45 orang. Persatuan kami juga bergabung dengan ketiga-tiga persatuan tersebut untuk mengadakan perkhemahan. Di samping itu, persatuan menyertai “Thinking Day” yang dianjurkan oleh Chong Hwa High School.

Pada tahun 1995, pelajar perempuan dibenarkan untuk menganggotai persatuan pengakap. Bilangan ahli pengakap kira-kira 55 orang. Persatuan juga mengadakan perkhemahan gabungan seperti tahun lepas. Persatuan kami berjaya mendapat gelaran badan beruniform terbaik antara 8 badan beruniform pada peringkat sekolah. Selain itu, persatuan kami telah menyertai “Thinking Day” yang dianjurkan oleh Chong Hwa High School seperti tahun lepas.

Pada tahun 1996, bilangan ahli pengakap sebanyak 55 orang. Persatuan kami bergabung dengan PBSM, Renjer Puteri dan Pandu Puteri untuk mengadakan perkhemahan. Selain itu, persatuan kami menyertai perkhemahan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi 8 badan beruniform. Persatuan kami telah menyertai “Thinking Day” yang dianjurkan oleh Chong Hwa High School seperti tahun lepas. Persatuan kami juga telah menyertai jambori peringkat negeri yang diadakan di Daerah Batu Pahat.

Pada tahun 1997, bilangan ahli pengakap meningkat ke 80 orang. Persatuan kami telah bergabung dengan Renjer Puteri untuk mengadakan perkhemahan latihan. Persatuan kami telah menyertai “Thinking Day” yang dianjurkan oleh Chong Hwa High School seperti tahun lepas. Pada bulan Ogos, guru pemimpin, En. Singaram memimpin sepasukan ahli pengakap untuk menyertai 18th Asia 9th Malaysia National Jamboree yang diadakan di Terengganu.

Pada tahun 1998, bilangan ahli pengakap kira-kira 85 orang. Persatuan kami dianugerahkan sebagai badan beruniform yang terbaik pada peringkat sekolah. Di samping itu, Persatuan kami telah menyertai “Thinking Day” yang dianjurkan oleh Chong Hwa High School seperti tahun lepas. Seramai 20 orang ahli pengakap telah menyertai jambori pada peringkat negeri.

Pada tahun 1999, bilangan ahli pengakap sebanyak 90 orang. Dalam sukan sekolah, persatuan pengakap mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki. Seterusnya, persatuan kami dihantar untuk menyertai pertandingan kawat kaki pada peringkat daerah. Persatuan kami berjaya mengutip sebanyak RM3,000 dalam aktiviti minggu kerja. Kutipan tersebut diderma kepada rumah orang tua. Tahun ini, persatuan kami juga bergabung dengan PBSM, Renjer Puteri dan Pandu Puteri untuk mengadakan perkhemahan.

Pada 2000, bilangan ahli pengakap kira-kira 100 orang. Persatuan pengakap dipimpin oleh En. Razib. Di bawah pimpinan beliau, persatuan kami dapat menyertai “Thinking Day” pada peringkat daerah, persatuan kami mendapat johan dalam pertandingan model gejek. Selain itu, persatuan kami berjaya mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah serta daerah. Seterusnya, persatuan kami diberi peluang untuk menyertai pertandingan kawat kaki pada peringkat negeri. Sepasukan ahli pengakap telah menyertai jambori pada peringkat Asia yang diadakan di Indonesia.

Pada 2001, bilangan ahli pengakap meningkat ke 120 orang. Persatuan kami berjaya mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah dan diberi peluang untuk menyertai pertandingan kawat kaki pada peringkat daerah. Ekpedisi ke Gunung Lambak talah dijalankan. Persatuan kami menganjurkan “Ulang Tahun” dan telah disokong oleh bekas ahli pengakap. Selain itu, majlis perpisahan yang dianjurkan telah mendapat pujian daripada orang ramai. Seramai 17 orang ahli pengakap telah menyertai jambori pada peringkat negeri yang diadakan di Batu Pahat.

Pada tahun 2002, bilangan ahli pengakap sebanyak 110 orang. Persatuan kami berjaya mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah. Selain itu, beberapa orang ahli pengakap telah menyertai jambori pada peringkat daerah, persatuan kami telah mendapat johan dalam pertandingan pembinaan “Tower”.

Pada tahun 2003, bilangan ahli pengakap kira-kira 140 orang. Persatuan kami berjaya mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah diberi peluang untuk menyertai pertandingan kawat kaki formasi pada peringkat daerah. Seramai 20 orang ahli telah menyertai perkhemahan yang diadakan di Paloh.

Pada tahun 2004, bilangan ahli pengakap sebanyak 120 orang. Persatuan kami berjaya mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah diberi peluang untuk menyertai pertandingan kawat kaki formasi pada peringkat daerah. Seramai 20 orang ahli pengakap telah menyertai jambori pada peringkat negeri yang diadakan di Batu Pahat, persatuan kami telah mendapat ………. dalam pertandingan …………….. Ekspedisi ke Gunung Lambak telah dijalankan. Selain itu, persatuan kami telah bekerjasama dengan Renjer Puteri untuk mengadakan “Ulang Tahun”.

Pada tahun 2005, bilangan ahli pengakap kira-kira 135 orang. Dalam sukan sekolah, persatuan kami berjaya mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah diberi peluang untuk menyertai pertandingan kawat kaki formasi pada peringkat daerah. Seorang ahli telah berjaya menjadi Pengakap Raja (King Scout) selepas meluluskan ujian pangkat Raja. Ekspedisi ke Gunung Lambak telah dijalankan.

Pada tahun 2006, bilangan ahli pengakap sebanyak 105 orang. Persatuan kami berjaya mendapat johan dalam pertandingan kawat kaki pada peringkat sekolah. Seterusnya, persatuan kami mendapat naib johan dalam pertandingan kawat kaki formai pada peringkat daerah (NGO). Ekpedisi ke Paloh telah dijalankan oleh pangkat Jaya. Julang kalinya bagi persatuan kami mengadakan perkhemahan peperiksaaan. Seramai 6 orang ahli telah berjaya menjadi Pengakap Raja (King Scout) selepas meluluskan ujian pangkat Raja. Pada 28hb. April, seramai 20 orang ahli telah menyertai perkhemahan bersepadu yang diadakan oleh pihak sekolah, persatuan kami telah mendapat……………. Selain itu, persatuan kami telah dijemput oleh persatuan pengakap SMK Paloh untuk mengadakan perkhemahan bersama-sama.

Pada tahun 2007, bilangan ahli pengakap sebanyak 110 orang. Seramai 20 orang ahli telah menyertai perkhemahan pada peringkat daerah yang diadakan di Machap, persatuan kami mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ………. Selain itu, seramai 10 orang ahli telah menyertai jambori yang diadakan di Melaka. Ekpedisi ke Paloh telah dijalankan oleh pangkat Jaya.